Thursday 20 October 2011

Syarat-Syarat

Syarat-Syarat Dan Perjanjian Penyewaan Kereta
a) Penyewa dan pemandu mestilah mempunyai lesen memandu kelas D yang
sah.
b) Penyewa dilarang untuk menyewakan kenderaan ini kepada pihak lain tanpa
kebenaran pihak pertama.
c) Segala saman yang dikenakan pada waktu penyewaan adalah ditanggung
sepenuhnya oleh pihak penyewa
d) Kerosakan kecil dan besar adalah tanggungjawab pihak penyewa sepenuhnya
dan mesti membayar gantirugi sekiranya berlaku kerosakan terhadap kereta
tersebut
e) Penyewa mesti menyerahkan kembali kereta tepat pada waktunya, dan setiap
sejam kelewatan akan didenda RM20 bagi setiap jam
f) Penyewa wajib mematuhi segala peraturan dan undang-undang jalanraya dan
tidak menggunakan kereta tersebut bagi tujuan jenayah.
g) Semua perkara dan masalah akan timbul dan berlaku sepanjang tempoh
penyewaan adalah tanggungjawab pihak penyewa sepenuhnya dan tiada kaitan
dengan pihak pertama

No comments:

Post a Comment